Isu Semasa Pemuda: Slogan "Pade Doh" Bergema Di Pasir Tumboh
Posted on Sunday, March 02 @ 20:41:56 MYT
Topic: Berita / Isu Semasa



Oleh Haslini Ghani

Kota Bharu -- Calon Barisan Nasional (BN), N. 18, Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Tumboh, Anuar Safian berkata manifesto tambahan BN negeri itu yang berasaskan 10 teras utama dalam usaha membawa kesejahteraan kepada rakyat Kelantan menujukkan kesungguhan BN untuk bersama rakyat negeri berkenaan.

Justeru beliau yang juga Ketua Pemuda Kubang kerian menyeru agar seluruh rakyat Kelantan khususnya pengundi di DUN Pasir Tumboh memberikan kepercayaan yang tidak berbelah bagi dengan memberikan undi kepada BN pada 8 Mac nanti.

"Keikhlasan BN sesungguhnya tidak ada tolak bandingan. Bukti yang nyata suda ada di depan mata rakyat dan gunalah peluang yang ada pada 8 Mac ini untuk sama-sama menikmati arus pembangunan yang dirancang oleh BN untuk kepentingan seluruh rakyat kelantan.

"BN bukanlah sebuah parti yang hanya beretorik kosong. Percayalah dan usah ragu-ragu dengan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi dan seluruh kepimpinan BN untuk membantu negeri ini", katanya.

Manifesto tambahan untuk Kelantan itu berpaksikan kepada 10 teras utama dengan tiga daripadanya adalah agenda nasional, manakala tujuh lagi teras utama untuk Kelantan.

Tujuh teras utama yang digariskan untuk Kelantan termasuk melaksanakan pendekatan Islam Hadhari yang mampu menjana kemajuan, merakyatkan pembangunan, menggilap modal insan dan menghapuskan kemiskinan tegar dalam tempoh tiga tahun selepas kerajaan baru BN dilantik.

BN juga berhasrat menghapuskan imej Kelantan ketinggalan di mata rakyat, mempelbagaikan sumber ekonomi negeri dan merakyatkan seni, budaya, sukan dan warisan Kelantan.

Manifesto itu turut mengetengahkan 16 rawatan yang akan dilakukan BN terhadap segala kepincangan sepanjang 18 tahun Kelantan di bawah Pas.

Tambah Anuar lagi, hanya keyakinan yang mampu mengubah segala-galanya demi Kelantan Baru-Kelantan Maju 2008.

"Marilah kita sama-sama bertekad untuk menjana pembangunan mapan di negeri ini di bawah payung BN", ujarnya.

Ketika ditanya tumpuan beliau sekiranya diberi mandat kelak, Anuar berjanji berjanji akan mengeluarkan penduduk di kawasan itu daripada kemiskinan tegar.

Melalui kajian yang dilakukannya, ketiadaan peluang pekerjaan dikalangan belia turut menjadi faktor utama peningkatan masalah sosial disitu.

Beliau turut menyatakan kekesalannya terhadap kerajaan Pas kerana tidak memandang serius hal tersebut sehingga Dun Pasir Tumboh dilabelkan polis sebagai ‘kawasan gelap’.

Justeru, beliau akan membina kompleks sukan,pusat kebudayaan dan litar lumba sebagai inisiatif mengatasi masalah sosial khususnya gejala merempit, penagihan dadah, samun dan mencuri.


 
· More about Berita / Isu Semasa
· News by admin


Most read story about Berita / Isu Semasa:
Pemuda, PPIM Edar Senarai Produk Belanda Untuk Diboikot



 Printer Friendly Printer Friendly




Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (UMNOYOUTH), Hakcipta Terpelihara.
All logos and trademarks in this site are property of their respective owner.
The comments are property of their posters, all the rest by Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia