KetuaPemuda: Pemuda Ambil Tindakan Pro Aktif Tubuh Enam Sekretariat Khas Tangani Isu Pilihan Raya
Posted on Thursday, May 29 @ 17:27:39 MYT
Topic: Berita Terkini



Oleh Kazman Kamal

Kuala Lumpur -- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini mengumumkan penubuhan enam sekretariat khas bagi menumpukan perhatian kepada beberapa perkara yang menjadi isu dalam pilihan raya umum lalu.

Enam sekretariat itu ialah Sekretariat Pusat yang diketuai beliau sendiri, selain Sekretariat Pemuafakatan, Sekretariat Peremajaan UMNO, Sekretariat Pembelaan Rakyat, Sekretariat Pembinaan Negara/Bangsa dan Sekretariat Perhubungan Media.

Jelas beliau semua sekretariat itu akan mempunyai jawatankuasanya sendiri terdiri daripada anggota Exco Pergerakan Pemuda UMNO, ahli Pemuda, Badan Bukan Kerajaan, golongan profesional dan golongan generasi muda.

"Setiap Sekretariat ini akan mempunyai terma rujukan mereka tersendiri untuk menentukan visi, misi, dan objektif masing-masing.

"Sekretariat berkenaan juga bertujuan mengembalikan sokongan rakyat terhadap UMNO selain memastikan UMNO terus relevan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau juga berkata usaha penubuhan sekretariat berkenaan akan turut dibincang bersama di peringkat Pemuda Barisan Nasional.

Katanya lagi keperluan bagi penubuhan sekretariat itu timbul setelah diadakan bedah siasat dan daripada maklumat balas selepas pilihan raya ke-12 itu.

Mengambil contoh Dasar Ekonomi Baru dan Institusi Raja, beliau berkata menjadi tanggungjawab sekretariat itu untuk memperjelaskan sedalam-dalamnya isu-isu seperti itu kepada masyarakat.

"Apa yang penting, kita tidak mahu terikut dengan rentak pembangkang yang suka mensensasikan isu selain memburukkan UMNO.

"Apa yang penting, UMNO tidak menganiaya kaum lain," ujarnya.

Tambah beliau sekretariat pusat yang dipengerusinya akan memberi tumpuan kepada beberapa perkara antaranya pemantauan manifesto pembangkang, penstrukturan parti, keanggotaan dan proses rekayasa.

Berikut Sekretariat Khas yangb ditubuhkan;

1) Sekretariat Tetap - Pengerusi : Datuk Seri Hishammuddin Hussein

2) Sekretariat Permuafakatan - Pengerusi : Ahmad Ikmal Ismail

3) Sekretariat Peremajaan UMNO - Pengerusi : Harrison Hassan

4) Sekretariat Pembelaan Rakyat - Pengerusi : Datuk Subahan Kamal

5) Sekretariat Pembinaan Negara Bangsa - Pengerusi : Wan Azizi Wan Mohamed

6) Sekretariat Perhubungan Media - Pengerusi : Datuk Sazmi Miah


 
· More about Berita Terkini
· News by admin


Most read story about Berita Terkini:
Ucapan Dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia



 Printer Friendly Printer Friendly




Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (UMNOYOUTH), Hakcipta Terpelihara.
All logos and trademarks in this site are property of their respective owner.
The comments are property of their posters, all the rest by Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia